Jumaat, 5 Disember 2014

RESEPI KETIKA BERPANTANG


1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah

(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus

(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Sumber: FB Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

Selasa, 4 Jun 2013

PROMOSI JUN 2013


SANGAT-SANGAT MENJIMATKAN
PERCUMA KEAHLIAN DAN CASH BACK

NAK MURAH TAPI TAK MAHU BORONG 6 CANISTER?
HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Isnin, 20 Mei 2013

Makanan yang meningkatkan metabolisma


Bagaimana cara-cara meningkatkan metabolisme?

Ada dua cara untuk meningkatkan metabolisme iaitu senaman dan pemakanan.

Makanan yang meningkatkan metabolisma:



Teh hijau

Teh hijau mengandungi epigallocatechin gallate atau lebih dikenali sebagai EGCG. Bahan ini dapat meningkatkan system saraf dan otak sekaligus mempercepatkan lagi pembakaran kalori.



Yogurt

Tahap protein yang tinggi pada yogurt memerlukan banyak tenaga untuk diproses oleh badan. Yogurt juga dapat membantu mengawal saluran pencernaan.




Kacang badam/Almonds

Asid lemak kacang badam dapat meningkatkan tahap metabolisme. Cuma jangan ambil terlalu banyak kerana ia mempunyai kalori yang tinggi.





Kekacang

Kacang kaya dengan protein dan rendah lemak. Badan selalu memerlukan tenaga yang lebih untuk proses makanan yang tinggi kandungan serat seperti kacang.







Buah epal

Buah epal mengandungi serat yang tinggi dan kalori yang rendah dimana badan perlu membakar banyak kalori untuk proses penghadaman. Buah epal juga dapat membuatkan kita terasa kenyang lebih lama.




Sayur bayam

Bayam adalah sumber terbaik untuk zat besi, kalium, magnesium dan vitamin C dimana ia dapat meningkatkan kadar metabolisme




Oat

Sama seperti kacang, oat mengandungi serat yang tinggi. Oat juga boleh menurunkan kadar insulin dalam badan dan meningkatkan metabolisme. Bagus untuk kita.



Susu soya

Susu soya mengandungi kalsium yang tinggi dan dapat meningkatkan tahap metabolisme. Cuma jangan tambah gula dalam jumlah yang banyak dalam susu soya.







Makanan yang pedas
Makanan pedas seperti sambal dan kari dapat meningkat kadar denyutan jantung dan membakar banyak kalori.



Cinch bantu turunkan 46.73 kg berat badan Encik Matt

Encik Matt baru berumur 24 tahun dan beliau disahkan menghidap darah tinggi dan lututnya perlu dibedah! Masalah lututnya tu bukanlah disebabkan oleh kecederaan ketika bersukan ye kawan-kawan...tapi disebabkan oleh berat badannya. jom kita tengok apa yang Encik Matt nak share tentang masalah kegemukannya dan macam mana beliau atasi masalah tersebut


Anda yang berlebihan berat badan kalau dah rasa sakit-sakit lutut, mungkin itu satu signal supaya anda fikirkan apa tindakan yang perlu diambil. Jangan tunggu sampai perlu dibedah...huihhh seriau la bab-bab bedah ni..


CINCH BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

Cinch Shake adalah salah satu produk dalam set Shape Up Shaklee. 
Apa dia sebenarnya Cinch Shake ni?
Di bawah ni merupakan sedikit sebanyak info yang saya ambil daripada lawan web Shaklee sendiri:

  • Cinch Shake memberi jawapan segera kepada persoalan Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?" .Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda:
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..





Akan datang, saya akan masukkan lebih banyak testimonial set Shape Up ni ye...
tungguuuuuuu~

Testimoni Shape Up Set ~Puan Aishah



Pengalaman Puan Aishah Rahim consume Shaklee memberi inspirasi kepada diri saya sendiri untuk menurunkan berat badan. Semoga dengan apa yang saya sharing hari ni dapat juga memberi semangat kepada gojes-gojes di luar sana untuk berusaha mendapatkan bentuk badan idaman 

9 kg Turun Berat Badan Dalam Masa 2 Bulan

Lagi cerita kejayaan ibu muda yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 9kg dalam masa 2 bulan... sangat hebat, fantastic, boombastic..kagum dengan semangat beliau..sebab saya tahu, kat luar sana ramai yang tidak mampu untuk bersabar demi mendapatkan hasil terbaik...semua benda nak cepat dan drastik.. akhirnya diri sendiri yang merana.... 

biar lambat, asalkan tidak langsung menjejaskan kesihatan kita... sayangi diri sendiri, anugerah Allah s.w.t..jaga sebaik mungkin amanah dariNya....
dan satu lagi yang buat sy sangat2 insaf bilamana Puan Aishah Rahim ingin menurunkan berat badan supaya beliau lebih mudah beribadah dan menjadi muslimah yang lebih baik....tahniah kepada beliau kerana berjaya dengan azam yang kuat dan usaha tanpa kenal erti putus asa...
beliau mula consume Shaklee untuk tujuan berpantang dan penyusuan bayi......dan pada awal Januari 2013, beliau consume LECITHIN + ALFALFA + ESP + HERB-LAX...
azam tahun baru agaknya kann..>__<

apakata Puan Aishah Rahim....






Pertama kali saya join Shaklee, saya plan hanya untuk fokus pada set berpantang + menyusukan sahaja. Saya TAK yakin yang saya boleh jual produk lain macam set kulit ke, set kurus ke. Sebab saya tak cantik. Saya gemuk. Hehehe. Negatifnya saya dulu-dulu kan? :)

Sehinggalah awal tahun haritu, saya pasang azam baru. Saya nak buat transformasi ke atas diri sendiri. Selain daripada nak jadi muslimah yang lebih baik, saya nak kuruskan badan walau sedikit. Orang kata, nak kurus kena ada niat yang betul. Jadi niat saya adalah untuk meringankan badan untuk beribadah. Takdelah badan berat dan malas-malas lagi.

Alhamdulillah, lebih kurang 2 bulan pengambilan LECITHIN + ALFALFA + ESP + HERB-LAX, inilah hasilnya. 

Kepada anda yang mahu kurus secara SIHAT dan masih boleh makan makanan kegemaran (secara berpada-pada HEHEHE), bolehlah hubungi distributor anda. :)

P/S : Baju hijau tu, baju zaman anak dara. HEHEHE.